Khamis, 25 November 2010

Perut lembu

Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin, si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali
bangun tidor mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia mengegarkan bilik tidor dan
baunya yarabbi tak leh nak cerita nanti penulis muntah pulak. si bini ni memang sokmo
komplen pasal kentut tu dan banyak kali termuntah sebab tak tahan, tapi silaki dengan muka
penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semula jadi yang baik untuk kesihatan. satu hari
si bini yg dah lama tak tahan perangai si laki berkata, " satu hari nanti awak kentut bukan sahaja
angin yang keluar, semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka",
silaki cuma sengih jer. hari raya korban pun tiba, keluarga tersebut banyak dapat daging dan
dalam banyak banyak bungkusan tu ada perut lembu, hati, paru-paru.. maka timbul lah idea si
bini nak pekena laki dia. masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokkan perut lembu
yang berjela jela betul betul kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi
seterusnya.
dipendekkan cerita, maka laki dia pun bangun dan macam rutine biasa dia
melepaskan das das kentutnya yang maha dasyat bunyi nya dan maha belantung baunya,
si bini tunggu dengan penuh kusyuk, dari dlm bilik tido terdengor suara laki dia menjerit sakan,
histeria gitu, sibini tertongeng tongeng dan guling guling ketawa. 20 minit pastu si laki pun
kedapor untuk sarapan, sibini pun buat buat donno dan kontrol macho. "masin betul lah mulut
awak, habis tali perut saya terkeluor macam yang awak cakap aritu. kata laki dia bersunguh
sunguh. "habis tu abang buat macam mana" tanya sibini sambil kontrol suara dan perut yg nak
pecah sebab nak ketawa. " nasib baik abang tak panik, abang terus ke bilik air, dan sekarang
semua dah settle". "hah dah settle! abng buat macam mana" tanya sibini, agak suspen. "dengan
menggunakan jari sahaja abng berjaya memasukkan balik semua isi perut abng tadi... tak payah
susah susah pegi hospital untuk operasion" Si bini diam kaku... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan