Khamis, 25 November 2010

Orang miskin

Kamal dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada suatu petang. Sewaktu melintas sebuah
padang, dia nampak dua lelaki berpakaian cumpang-camping sedang memakan rumput.
Diarahkan pemandunya berhenti, lalu Kamal memanggil kedua-dua lelaki itu.
"Kenapa kamu makan rumput?" tanya Kamal
"Kami miskin....tak ada duit nak makan, "jawab salah seorang lelaki itu.
"Oh, kesiannya!!!!! Mari ke rumah saya, masuk!" kata Kamal, membukakan pintu.
"Tapi tuan, saya ada isteri dan dua anak," balas lelaki pertama.
"Tak apa, bawa mereka sekali. Awak pun boleh ikut sama," kata Kamal pada seorang lagi.
"Tapi tuan, saya juga ada isteri dan seorang anak," ujar lelaki kedua.

"Mereka pun boleh ikut. "Kamal mempelawa semuanya masuk ke dalam kereta.
Sewaktu dalam perjalanan, salah seorang lelaki itu menepuk bahu Kamal, mengucapkan terima
kasih.
"Tuan sungguh baik hati,"katanya.
"Tak mengapa. Saya harap awak gembira kerana rumput di rumah saya lebih tinggi daripada
di padang tadi," balas Kama ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan