Selasa, 7 Disember 2010

20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang
menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan
kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya
kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-
perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat
ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain.
Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
   Kalau tertidur lain cerita...

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut
   kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
   kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak
   berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana
   berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki
   kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut
   kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
   mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
   diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
    bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
    kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan
    kita. Hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
    kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
    memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
      menghilangkan kasih orang kepada kita.

 18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang
     teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
    utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab
    semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
    untuk hamba ciptaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan